Disclaimer

http://rama-ramasyafieeeqahh245.blogspot.com/
Blog ini kepunyaan saya khusus untuk Kelas Bahasa Melayu :)


diriku
HAJAH SITI SYAFIQAH 'AFIFAH
Saya dilahirkan pada 24hb.Mei.93
Salah seorang rakyat Brunei yang kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi NUS Matematik dan Sains



♥ keluarga. dia ..hehe.
coklat! ais krim!:D
kegembiraan yang berpanjangan :DD
memori dan kenangan yang menyenangkan~ :)
mini strawberri dan kek cawann.

kata-kata

kita akan mendapat apa yang terbaik buat diri sendiri jika kita memberikan usaha yang termampu dan terbaik dari kita.
Jadi, usahalah dan mengejarnya selagi belum terlewat! :D


HJH SITI SYAFIQAH 'AFIFAH


link
http://www.fatinn.14.blogspot.com
http://www.emily-blogg.blogspot.com
http://puteri-kayangan.blogspot.com/
Designer : Unfading-Memories
Base codes : Detonatedlove & jialeee :D
Background: Unfading-Memories & PhotoBucket


Archives
@ March 2008
@ August 2008
Sunday, March 16, 2008
puisi b u a t KEKASIH♥ @ 6:23 PM
PUISI BUAT KEKASIH

Kekasihku,

Dengarlah puisi yang ku coretkan buat mu,

mengukapkan perasaan suci

yang terpendam jauh dilubuk hatiku ini



Kau datang tanpa dipaksa,

Menyerahkan sekeping hati dengan rela,

Membuatkan aku terlena dengan buaian mimpi-mimpi indah,

Yang tak henti-henti mewarnai hari-hariku



Cinta,

Halusnya kau datang menbuka pintu hati

Menyentuh lembut sanubari

dan hadirmu begitu mengusik kalbu

Bisikan suaramu membuatkan hatiku berdegup laju,

senyuman yang terukir diwajahmu mencairkan hati kerasku,

Begitu susah hendak ku ungkapkan,

Kerana perasaan ini;kurniaan Yang Maha Esa

Cintaku sentiasa bercambah untukmu,

Bagaikan setiap hembusan nafasku,

Ku mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku

Selagi hayatku masih dikandung badan..

Sayangnya kini kau jauh dari pandanganku,

Namun dirimu masih menjadi pujaan hati,

Seperti bintang yang bertaburan di langit malam,

Perasaan rinduku sentiasa membuak-buak buatmu,kasih.

Ku hanya mampu mengharapkan

kasih yang berlarutan,

Tak rela ku akan kehilanganmu,

Kerana dirimu adalah yang teristimewa…



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



CINTA:
seperti pelangi yang menghiasi
langit yang kosong.

puisi ini mengisarkan tentang cinta ♥
{cinta;suatu perasaan suci yang begitu halus,hadirnya tak usah diundang.}

Huraian

Stanza pertama mengisahkan tentang luahan isi hati dan perasaan cinta yang wujud di hati buat kekasih.

stanza kedua dan ketiga pula menceritakan bahawa cinta hadir dengan semulajadinya,bukan dengan paksaan. Ia hadir tanpa kita sedari bila terbitnya perasaan tersebut.Dengan kehadiran cinta ini juga dapat menceriakan dan membahagiakn diri seseorang.

stanza keempat dan kelima mengukapkan tentang perasaan dan reaksi seseorang pada seseorang yang dicintainya. Kasih sayang yang ada itu sentiasa bertambah-tambah hari demi hari.

stanza kelima dan keenam mengisahkan tentang keadaan dan perasaan seseorang bila berjauhan.Rindu sentiasa muncul dihati dan

hanya harapan yang disematkan pada diri supaya kasih berpanjangan bersama orang yang tercinta.