Disclaimer

http://rama-ramasyafieeeqahh245.blogspot.com/
Blog ini kepunyaan saya khusus untuk Kelas Bahasa Melayu :)


diriku
HAJAH SITI SYAFIQAH 'AFIFAH
Saya dilahirkan pada 24hb.Mei.93
Salah seorang rakyat Brunei yang kini melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi NUS Matematik dan Sains



♥ keluarga. dia ..hehe.
coklat! ais krim!:D
kegembiraan yang berpanjangan :DD
memori dan kenangan yang menyenangkan~ :)
mini strawberri dan kek cawann.

kata-kata

kita akan mendapat apa yang terbaik buat diri sendiri jika kita memberikan usaha yang termampu dan terbaik dari kita.
Jadi, usahalah dan mengejarnya selagi belum terlewat! :D


HJH SITI SYAFIQAH 'AFIFAH


link
http://www.fatinn.14.blogspot.com
http://www.emily-blogg.blogspot.com
http://puteri-kayangan.blogspot.com/
Designer : Unfading-Memories
Base codes : Detonatedlove & jialeee :D
Background: Unfading-Memories & PhotoBucket


Archives
@ March 2008
@ August 2008
Thursday, August 28, 2008
karangan argumentatif. @ 8:10 AM
Mauduk: Hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga adalah penting demi kejayaan seorang pelajar.

Hubungan yang mesra dan mantap dalam keluarga adalah penting demi kejayaan seorang pelajar. Hubungan yang dimaksudkan didalam mauduk tersebut ialah situasi dimana pelajar itu dapat bersama-sama dengan keluarga didalam keadaan yang erat dan harmoni. Kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada banyak faktor, akan tetapi saya bersetuju dengan mauduk diatas kerana hubungan kekeluargaan memainkan peranan yang sangat penting.

Dalam mencapai kejayaan,hubungan kekeluargaan yang mesra dan mantap adalah penting kerana keluarga boleh dikatakan sebagai tulang belakang pelajar kerana mereka merupakan pendorong dan juga sumber motivasi yang kuat bagi pelajar. Dengan adanya hubungan yang erat ini, ahli keluarga biasanya selalu menyokong dan berada disisi pelajar bukan sahaja ketika senang,bahkan juga ketika ditimpa kesulitan. Mereka juga mendoakan akan kejayaan pelajar itu. Tanpa sokongan dan motivasi tersebut, pelajar lebih cepat berputus asa dan mengalah.

Hubungan yang erat sesama keluarga juga secara tidak langsung mencerminkan keadaan yang penuh kasih sayang dan menonjolkan pemedulian terhadap pelajar tersebut. Kekurangan kasih sayang dan pemedulian yang diberikan dapat memberi impak negatif dan pelajaran itu munhkin kurang dididik sejak kecil. Ini kerana pendidik pertama bagi seseorang pelajar adalah ibubapanya sendiri.

Orang yang rapat dengan pelajar seperti keluarga mudah saja mengetahui jika pelajar itu ditimpa masalah melalui perubahan air muka dan juga gerak-geri. Mereka ini kebiasaanya akan bertanya tentang apa yang menggangu pelajar itu dan tidak keberatan untuk menolong. Hubungan yang stabil diantara pelajar dan keluarga dapat membina kepercayaan dan ini membolehkan pelajar untuk berkongsi masalah. Dengan cara ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekusutan di dada pelajar. Malahan, jika pelajar itu membesar dengan hubungan yang renggang sesama keluarganya, pelajar tersebut berasa kurang senang dan tidak selesa berada dirumah untuk masa yang lama. Keadaa seperti ini menimbulkan kesan yang buruk kerana kemungkinan besar, pelajar itu munkin mengambil alasan ini untuk melakukan aktiviti di luar rumah yang tidak sihat seperti melepak dan bukannya mengulangkaji peljaran.

Keluarga juga sering menjadi sumber rujukan buat pelajar jika pelajar itu ingin mendapatkan pandangan atau bantuan kerana ia merupakan pilihan yang terpantas. Pendidikan juga memerlukan kos seperti kos membeli bahan-bahan bacaan dan sebaganinya. Jika pelajar itu kurang dari segi kewangan, dia akan berada dalam kesusahan seandaninya hubungan mesra tidak wujud dikalangan mereka. Ini kerana mereka akan berasa malu atau tidak endah untuk meminjam wang walaupun daripada keluarganya itu sendiri.

Melihatkan alasan-alasan diatas, kita dapat melihat hubungan kekeluargaan pada diri pelajar berkait rapat dengan kejayaan yang dikecapi. Walaupun begitu, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan seseorang pelajar selain hubungan kekeluargaan yang mesra dan mantap. Ianya lebih bergantung pada diri pelajar itu sendiri kerana walaupun semua faktor positif untuk berjaya itu ada, ianya tidak berguna sekiranya pelajar itu malas berusaha dan tidak mengambil initiatif untuk menuju kejayaan.


Sunday, March 16, 2008
puisi b u a t KEKASIH♥ @ 6:23 PM
PUISI BUAT KEKASIH

Kekasihku,

Dengarlah puisi yang ku coretkan buat mu,

mengukapkan perasaan suci

yang terpendam jauh dilubuk hatiku ini



Kau datang tanpa dipaksa,

Menyerahkan sekeping hati dengan rela,

Membuatkan aku terlena dengan buaian mimpi-mimpi indah,

Yang tak henti-henti mewarnai hari-hariku



Cinta,

Halusnya kau datang menbuka pintu hati

Menyentuh lembut sanubari

dan hadirmu begitu mengusik kalbu

Bisikan suaramu membuatkan hatiku berdegup laju,

senyuman yang terukir diwajahmu mencairkan hati kerasku,

Begitu susah hendak ku ungkapkan,

Kerana perasaan ini;kurniaan Yang Maha Esa

Cintaku sentiasa bercambah untukmu,

Bagaikan setiap hembusan nafasku,

Ku mencintaimu sepenuh jiwa dan ragaku

Selagi hayatku masih dikandung badan..

Sayangnya kini kau jauh dari pandanganku,

Namun dirimu masih menjadi pujaan hati,

Seperti bintang yang bertaburan di langit malam,

Perasaan rinduku sentiasa membuak-buak buatmu,kasih.

Ku hanya mampu mengharapkan

kasih yang berlarutan,

Tak rela ku akan kehilanganmu,

Kerana dirimu adalah yang teristimewa…



♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥



CINTA:
seperti pelangi yang menghiasi
langit yang kosong.

puisi ini mengisarkan tentang cinta ♥
{cinta;suatu perasaan suci yang begitu halus,hadirnya tak usah diundang.}

Huraian

Stanza pertama mengisahkan tentang luahan isi hati dan perasaan cinta yang wujud di hati buat kekasih.

stanza kedua dan ketiga pula menceritakan bahawa cinta hadir dengan semulajadinya,bukan dengan paksaan. Ia hadir tanpa kita sedari bila terbitnya perasaan tersebut.Dengan kehadiran cinta ini juga dapat menceriakan dan membahagiakn diri seseorang.

stanza keempat dan kelima mengukapkan tentang perasaan dan reaksi seseorang pada seseorang yang dicintainya. Kasih sayang yang ada itu sentiasa bertambah-tambah hari demi hari.

stanza kelima dan keenam mengisahkan tentang keadaan dan perasaan seseorang bila berjauhan.Rindu sentiasa muncul dihati dan

hanya harapan yang disematkan pada diri supaya kasih berpanjangan bersama orang yang tercinta.